Negeri Sembilan dan T-Team Sama Kuat

08 July 2017
K2_ITEM_AUTHOR 
Aksi perlawanan Negeri Sembilan dan T-Team FC pada Jumaat Foto: Hafis Abd Aziz / www.gawang.my

Paroi 7 Julai, penalti minit akhir perlawanan membolehkan T-Team membawa pulang 1 mata apabila kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 3-3. Negeri Sembilan berada dilandasan terbaik untuk memenangi perlawanan pada malam ini apabila mendahului T-Team pada minit ke-4 hasil jaringan Bruno Suzuki melalui rembatan deras di dalam kotak penalti. Walaupun kurang menguasai permainan, pada minit ke-24 hantaran lintang Lee Tuck berjaya menemui Jonathan Behe dan dengan mudah Behe menolak masuk bagi membolehkan Negeri Sembilan mendahului T-Team dengan 2 jaringan. Bersambung separuh masa kedua, T-Team membuat pertukaran dengan memasukan Norhakim bagi menguatkan jentera serangan. Norhakim tidak menunggu lama untuk mencatatkan nama sebagai penjaring apabila rembatan beliau terbias lalu menerjah jaring Negeri Sembilan pada minit ke-54. Ternyata selepas jaringan tersebut, T-Team menguasai sepenuhnya perlawanan. Gol penyamaan T-Team terhasil pada minit ke-74 apabila rembatan deras dari Fakhrurazi dari luar kotak penalti berjaya menewaskan Saiful Amar Sudar. Tersentak dengan jaringan tersebut Negeri Sembilan cuba menggandakan asakan ke kubu T-Team tetapi berjaya dipatahkan oleh pemain pertahanan T-Team. Pada minit ke-84 keputusan perlawanan kembali berubah apabila Jonathan Behe berjaya memperdayakan pertahanan T-Team dengan melakukan hantaran menarik kepada Farderin Kadir. Farderin dengan tenang menewaskan Mohd Suhaimi. Kemenangan seakan berpihak kepada pasukan Negeri Sembilan sehinggalah pada minit ke-93 apabila T-Team dihadiahkan sepakan penalti selepas Fauzan menjatuhkan Mahamadou Samassa di dalam kotak penalti. Dilshod Sharofetdinov dipertanggungjawabkan mengambil sepakan penalti dengan tenang menewaskan Saiful Amar Sudar. Keputusan kekal sehingga tiupan wisel penamat.

263 K2_VIEWS
Gawangdotmy
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree