TM Piala Malaysia 2017 | Lee Tuck Hampakan Pahang

05 July 2017
K2_ITEM_AUTHOR 
Dua gol Matheus Alves gagal dipertahankan Pahang sekaligus memaksa kedua-dua pasukan berkongsi mata. Foto: Amirul Anuar / www.gawang.my

Jaringan Lee Tuck pada minit 76 membolehkan Negeri Sembilan mencuri satu mata di Stadium Darul Makmur. Perlawanan malam tadi sudah semestinya menjadi tumpuan apabila dua perlawanan sebelum ini memihak kepada pasukan Pahang.

Pahang bermula garang apabila Sumareh berjaya melepasi pertahan Negeri Sembilan tetapi beliau dikecewakan deng rembatan liar. Selang beberapa minit kemudian, rembatan Syamin Yahya melambung tinggi melepasi palang gol Negeri Sembilan.

Negeri Sembilan hanya sekali sekala melakukan serangan merbahaya tetapi dikecewakan dengan ketangkasan penjaga gol Pahang. Sebelum berakhir separuh masa pertama, Negeri Sembilan berjaya mengegarkan jaringan Pahang apabila Jonathan Behe dengan tenang menolak masuk bola hantaran Lee Tuck. Gol tersebut merupakan gol pertama Jonathan Behe dalam dua perlawanan.

Bersambung separuh masa kedua, Pahang menggandakan asakan bagi mencari gol penyamaan. Pada minit ke-58, Pahang berjaya menyamakan kedudukan apabila Alves berjaya menanduk masuk sepakan sudut Syamim setelah penjaga gol Negeri Sembilan gagal mengeluarkan bola.

Alves sekali lagi muncul penjaring untuk pasukan Pahang apabila mudah menolak masuk bola hantaran Matt Davies pada minit ke-64. Selang 11 minit kemudian, Lee Tuck muncul sebagai wira Negeri Sembilan apabila rembatan luar kotak penalti beliau gagal diselamatkan oleh penjaga gol Pahang.

Pujian harus diberikan kepada pemain Negeri Sembilan apabila berjaya mematahkan serangan pasukan Pahang bagi mencari gol kemenangan. Kedudukan kekal sehingga wisel penamat.

 

Teks oleh: Idzaridan

295 K2_VIEWS
Gawangdotmy
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree