Piala Presiden 2017: Juara Bertahan Selangkah ke ‘Final’

02 October 2017
K2_ITEM_AUTHOR 
FOTO: Mohd Saufee / www.gawang.my

Tamat saingan separuh akhir pertama di Stadium Sultan Mizan, Gong Badak pada Ahad, juara bertahan Kelantan berjaya mengikat tuan rumah, Terengganu dengan keputusan 1-1. Gol pendahuluan daripada Nik Akif Syahiran pada minit 73 nyata menjadi kelebihan penting kepada anak buah Hashim Mustapha sebagai bekalan gol ditempat lawan seandainya keputusan 1-1 kekal pada separuh akhir kedua kelak di Kota Bharu.

Walaubagaimanapun, usaha keras skuad peteh juga tidak boleh dipandang mudah kerana akhirnya gol penyamaan diperoleh selang 2 minit kemudian menerusi Alif Fitri Jefri memastikan baki minima 90 minit yang bakal dilalui pada hari Jumaat ini masih menjadikan kedua-dua pasukan berpeluang sama rata untuk mara ke perlawanan akhir kelak.

Pada satu lagi aksi separuh akhir yang melibatkan pertemuan Selangor bertemu Kedah di Stadium Selayang pada petang Isnin menyaksikan mereka sekadar terikat 0-0 sekaligus aksi timbal balik di Alor Setar juga pada Jumaat bakal menjadi penentu siapa yang bakal mara.

145 K2_VIEWS
Gawangdotmy
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree