Perlawanan Akhir Piala Presiden 2016 | T-Team 'Genggam' Kelebihan Gol di Tempat Lawan

19 October 2016
K2_ITEM_AUTHOR 
Antara aksi perlawanan di antara Skuad Piala Presiden Kelantan dan T-Team Foto: Taufiq Faudzi / www.gawang.my

Perlawanan akhir pertama yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV menyaksikan persembahan yang baik dan terpuji daripada kedua-dua ‘finalist’ baik daripada tuan rumah, Kelantan mahupun T-Team sebagai pasukan pelawat.

Separuh masa pertama jelas menyaksikan penguasaan yang lebih memihak kepada skuad pelawat walaupun peluang terbaik untuk didepan dimiliki oleh anak-anak buah Hashim Mustapha apabila rembatan cantik Raihan Huzaizi pada minit ke 30 berjaya diselamatkan dengan baik oleh penjaga gol lawan.

Skrip berubah pada separuh masa kedua apabila Kelantan mengambil alih penguasaan dan hasilnya penyerang harapan TRW, Daniel Ashraf membuka tirai jaringan menerusi satu sepakan percuma lencong menarik menewaskan Asyraf Azmi di sebelah kiri penjaga gol T-Team itu. Tersentak dengan gol itu, pelawat meningkatkan tempo menyerang dengan 3 minit kemudian, Engku Nur Shakir nyata memanfaatkan situasi tidak dikawal dengan rapi dalam kotak penalti apabila mudah menanduk bola melepasi jangkauan Syihan Hazmi.

Disebalik itu Syihan yang juga kapten pasukan berjaya menafikan beberapa peluang terbaik yang diperoleh pemain lincah, Zarulizwan Mazlan terutama pada minit ke 81. Skuad bimbingan Nafuzi Zain memperoleh peluang terbaik di minit-minit akhir masa tambahan untuk membawa pulang gol kemenangan namun ianya gagal disudahkan pemain gantian, Raimi Shair dimana rembatan pemain itu tidak menepati sasaran walaupun gawang gol agak terbuka luas.

Keputusan 1-1 kekal sehingga wisel penamat dan T-Team hanya memerlukan seri 0-0 pada aksi ‘final’ kedua di Kuala Terengganu pada Selasa hadapan untuk bergelar juara buat julung kalinya.

Teks: Mohamad Asyraaf / www.gawang.my

375 K2_VIEWS
Gawangdotmy
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree