Naning Derby | Melaka United 'ratah' Negeri Sembilan

12 February 2018
K2_ITEM_AUTHOR 
Melaka United kekalkan rekod kemenangan di laman sendiri Foto: Shukur / www.gawang.my

"Naning Derby" antara perlawanan yang menarik tumpuan apabila dua pasukan "jiran" bertemu di atas padang. Peluang dilihat seimbang pada kedua-dua pasukan mengutip 1 kemenangan dan 1 kekalahan di dalam dua perlawanan UNIFI Liga Super yang terdahulu. Namun, Melaka United kembali bangkit daripada kekalahan di tangan "Gergasi Merah" dengan kemenangan bergaya me'ratah' Negeri Sembilan 3-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka pada Ahad.

Bermain di hadapan kira-kira 6, 700 orang penyokong menyaksikan Melaka United menguasai permainan separuh masa pertama. Serangan bertali arus menghadirkan gol pertama melalui Yahor Zubovich pada minit ke-31 setelah Saiful Amar Sudar gagal menangkap kemas percubaan R. Gopinathan. Lapan minit berselang, Yahor Zubovich sekali menggegar gawang Hobin Jang Hobin dengan menguis masuk bola daripada sepakan sudut. Tamat separuh masa, Melaka United mendahului 2-0.

Negeri Sembilan menunjukkan peningkatan permainan pada babak kedua dengan menguasai permainan dan melancarkan serangan mencari gol penyamaan. Negeri Sembilan berjaya menjaringkan gol tetapi gol tersebut tidak dikira kerana penjaga garisan memutuskan pemain Negeri Sembilan berada di dalam posisi offside.

Larian bijak Yahor Zubovich berjaya memperdaya pertahanan lawan dan melakukan hantaran yang menemui R. Gopinathan yang terus menyepak masuk ke gol pada minit ke-70. Kedudukan 3-0 kekal hingga wisel penamat.

Bagi Ketua Jurulatih Melaka United, Eduardo Filipe Arroja Almeida, beliau berpuas hati dengan mutu permainan Melaka United dan keputusan yang diperoleh. "Pasukan mempamerkan aksi yang bagus. Kami fokus untuk mendapatkan tiga mata di laman sendiri. Kami yakin dengan apa yang kami lakukan. Sukar untuk menang kesemua perlawanan liga tetapi menjadikan pasukan lebih baik akan membantu memberikan keyakinan dan aksi yang konsisten akan menyumbang kemenangan, katanya yang ditemui ketika sidang media selepas tamat perlawanan. 

Bagi Ketua Jurulatih Negeri Sembilan, Jorg Peter Steinebrunner pula, dua insiden kesilapan penjaga gol dan keputusan pegawai pertandingan memberikan kesan kepada pasukannya. "Pertahanan beraksi baik. Kesilapan berlaku kerana kita adalah manusia. Tetapi kesilapan berlaku dua kali oleh penjaga gol menjadikan kami tidak bernasib baik. Kami bangkit dengan menguasai 25 minit pertama dalam aksi separuh masa kedua. Tetapi kegagalan pertahanan mengeluarkan bola membantu Melaka United menghasilkan gol ketiga. Saya juga telah melihat rakaman semula gol kami dan dapati ianya tidak offside tetapi keputusan penjaga garisan mengatakan kami dalam kedudukan itu", katanya lagi.

 

Teks: Norfazlinda / www.gawang.my

  • Social network:
189 K2_VIEWS
Gawangdotmy
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree