unifi Liga Super 2018: Akhyar Wira Hijau Kuning

11 February 2018
K2_ITEM_AUTHOR 

Skuad hijau kuning akhirnya mencatatkan kemenangan pertama dalam saingan liga apabila gol tunggal daripada pemain muda sensasi, Akhyar Rashid pada minit 85 nyata menjadi titik penting kepada anak buah Ramon Marcote meraih 3 mata pertama selepas dua kali mengalami kekalahan berturut-turut sebelum ini.

Aksi ketiga unifi Liga Super 2018 ketika mereka berkunjung ke Stadium Batu Kawan untuk menentang tuan rumah, PKNP FC pada petang Ahad nyata mencabar apabila kedua-dua pasukan mempunyai peluang seimbang di separuh masa pertama. Namun ketumpulan jentera serangan kedua-dua pasukan menyaksikan mereka sekadar terikat 0-0.

Walaubagaimanapun, usaha keras skuad Lang Merah dalam mencari gol kemenangan lebih menonjol diseparuh masa kedua dan akhirnya Akhyar lebih pantas memanfaatkan peluang terhidang dalam kotak penalti untuk memecah kebuntuan gol.

PKNP hampir menyebabkan kira-kira 5 ribu penyokong pelawat pulang hampa apabila tandukan diminit-minit akhir permainan oleh pemain import, Gisung Yeon hampir menggegarkan jaring pasukan Kedah namun penjaga gol muda, Asri Muhamad lebih bersedia untuk menepis keluar sekaligus 3 mata dibawa pulang ke Alor Setar buat pertama kalinya musim ini.

  • Social network:
126 K2_VIEWS
Gawangdotmy
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree