unifi Liga Super 2018: Tok Gajah Tersungkur di Shah Alam

07 February 2018
K2_ITEM_AUTHOR 

Pasukan Pahang FA terpaksa mengigit jari apabila  kalah pada minit-minit akhir keatas PKNS FC. Gol PKNS FC berjaya dijaringkan oleh Safee Sali berpunca daripada sepakan penjuru pada masa tambahan.

Kedua-dua pasukan menunjukkan permainan yang seimbang dengan pasukan pelawat lebih banyak menyerang tetapi tiada penyudah dan mengecewakan 2 ribu penonton yang hadir. Separuh masa pertama tamat dengan kedua-dua pasukan buntu untuk mencari jaringan pendahuluan.

Separuh masa kedua bermula dengan Pahang lebih banyak mengasak ke kubu pasukan PKNS FC. Peluang terbaik datang daripada Muslim Ahmad apabila menanduk bola hantaran Kogileswaren asal daripada sepakan percuma namun tersasar.

Masa hampir tamat dan seakan-akan keputusan seri akan terhasil tetapi Safee Sali telah mengubah kedudukan dan memberi 3 mata penuh kepada PKNS dengan menanduk gol asal sepakan penjuru.

IKHWAN ROSDI

  • Social network:
96 K2_VIEWS
Gawangdotmy
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree