JDT Menang Lagi!

07 February 2018
K2_ITEM_AUTHOR 
Jorge Pereyra Diaz masih berbisa Foto: Khalis Imran / www.gawang.my

Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya mengutip mata penuh apabila mudah membenam cabaran pendatang baru Unifi Liga Super Malaysia, PKNP FC dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos.


Perlawanan yang jelas didominasi oleh JDT itu akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan pada penghujung separuh masa pertama apabila penyerang sensasi JDT, Jorge Pereyra Diaz berjaya menyudahkan hantaran cantik Natxo Insa yang berpunca daripada sepakan percuma Safiq Rahim. Diaz yang tidak dikawal melakukan rembatan yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol PKNP FC, Syazani Mat Puad pada minit ke-43.

Bermula separuh masa kedua, JDT masih mengekalkan penguasaan dan usaha mereka membuahkan hasil apabila pemain pertahanan, Fadhli Shas berjaya menanduk masuk bola hasil sepakan sudut yang dilakukan oleh Safiq pada minit ke-58.

Tersentak dengan gol itu, para pemain PKNP FC cuba melakukan serangan ke arah pintu gol pasukan JDT namun ketumpulan penyudah menghampakan usaha mereka.

Ketika perlawanan hampir ke penghujung, JDT menamatkan sisa perjuangan pemain PKNP FC apabila Natxo Insa berjaya menambah jaringan gol ketiga pada minit ke-91 bagi memberikan kemenangan bergaya buat skuad Harimau Selatan.

 

Oleh: Firdaus Shahrom / www.gawang.my

  • Social network:
81 K2_VIEWS
Gawangdotmy
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree