Liga Super 2017: Tok Gajah 'Rebah' di Darul Aman

11 February 2017
K2_ITEM_AUTHOR 

Kesempatan beraksi dihadapan penyokong setianya sendiri dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pasukan Kedah apabila mudah 'meratah' skuad Tok Gajah pada aksi keempat Liga Super 2017 dengan keputusan 4-1. Tidak sampai 3 minit permainan berlangsung, sudah 2 percubaan tepat berjaya dilakukan oleh Baddrol Bakhtiar dan juga Sandro Mendonca dalam usaha menguji gawang gol pasukan pelawat, Wan Azraie. Tuan rumah benar-benar menekan Pahang sejak awal permainan namun tiada jaringan tercipta.

Akhirnya Kedah memecah kebuntuan gol pada penghujung separuh masa pertama apabila Baddrol memanfaatkan peluang terhidang dengan melepaskan rembatan leret kencang bagi memberikan sedikit kelebihan kepada tuan rumah sebelum masuk ke bilik persalinan. Bersambung separuh masa kedua, giliran Ken Ilso pula menambah akaun golnya dengan satu penyudah cemerlang dalam kotak penalti sebelum Farhan Roslan mencipta gol pertamanya yang juga gol ketiga Lang Merah.

Pahang jelas sekali gagal mendapat ruang dan peluang lebih baik dibarisan tengah apabila lebih banyak bergerak menerusi hantaran-hantaran jauh kepada pemain sayapnya dan akhirnya mendapat gol saguhati pada minit ke 89 apabila Matheus Alves menewaskan Ifwat Akmal disebelah kanan penjaga gol muda itu.

Nafsu Kedah untuk menang jelas sekali ditonjolkan oleh para pemainnya sehingga minit-minit akhir waktu kecederaan sekalipun. Kali ini Ken sekali lagi menjaringkan gol untuk gol keempat tuan rumah sekaligus menambah derita Dollah Salleh yang bukan sahaja terpaksa akur menerima kekalahan petama musim ini, tetapi kekalahan Pahang itu turut menyaksikan mereka kehilangan takhta pendahulu liga kepada Lang Merah yang terbang tinggi ke persada liga sebagai pendahulu semasa.

  • Social network:
270 K2_VIEWS
Asyraaf
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree