Liga Super 2017: Perak Pahang Sama Kuat

21 January 2017
K2_ITEM_AUTHOR 

21 Januari 2017, Ipoh : Pasukan Perak berjaya bangkit daripada ketinggalan di saat-saat akhir perlawanan pertama Liga Super 2017 menentang Pahang di Stadium Perak, Ipoh. Pasukan pelawat terlebih dahulu berjaya mendahului pada minit 56 menerusi Shamin Yahya hasil hantaran Ashari Samsudin daripada sebelah kanan gawang Perak.

Anak buah Karl Heinz Weigang tidak berputus asa, mereka menggandakan asakan ke kubu Pahang dan akhirnya pada minit 78, Thiago Junio menanduk masuk bola sepakan penjuru menewaskan penjaga gol Pahang, Wan Muhammad Azraie.


Kedua-dua pasukan berbalas serangan namun gagal menghasilkan sebarang gol dan kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Teks: Bayu Alam / www.gawang.my

  • Social network:
273 K2_VIEWS
Asyraaf
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree