Liga Malaysia 2017: Penantian 23 Tahun Kedah Berakhir

20 January 2017
K2_ITEM_AUTHOR 

Skuad hijau kuning menamatkan penantian selama 23 tahun untuk menjulang semula Piala Sultan Haji Ahmad Shah selepas menang penentuan sepakan penalti 5-4 keatas tuan rumah, JDT pada aksi Perlawanan Sumbangsih 2017 yang berlangsung di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunus, Larkin.

JDT yang juga juara bertahan terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi kapten pasukan, Safiq Rahim yang mudah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-40. Perlawanan yang agak tegang dengan aksi-aksi keras menyaksikan pertahanan tuan rumah, S Kunalan terpaksa meninggalkan permainan selepas menerima kad kuning kedua pada minit-minit akhir masa tambahan separuh masa pertama.

Masuk separuh masa kedua, Kedah tidak mensia-siakan peluang bermain menentang lawan yang kekurangan seorang pemain sejak awal apabila lebih mendominasi permainan sejak itu. Akhirnya gol penyamaan yang dinanti tiba jua dengan rembatan jarak jauh kaptennya, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-63 menewaskan Farizal Marlias daripada jarak 35 meter. Walaupun bermain dengan 10 pemain sahaja, JDT juga mempunyai beberapa peluang keemasan namun berjaya dinafikan penjaga gol Kedah, Abdul Hadi Hamid yang beraksi cemerlang.

Tamat permainan menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan berkongsi satu mata bagi perlawanan yang turut merupakan perlawanan pertama Liga Super. Penentuan sepakan penalti diadakan untuk mencari pemenang piala dengan Hadi menjadi 'unsung hero' apabila menyelamatkan sepakan ke-4 JDT sebelum Liridon Krasniqii menamatkan penentuan sepakan penalti dengan bergaya sekaligus piala tersebut pulang semula ke bumi Darul Aman sejak kali terakhir di sana pada 1994.

Teks: Mohamad Asyraaf / www.gawang.my

 

  • Social network:
242 K2_VIEWS
Asyraaf
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree