Liga Super 2016 | Johor Darul Ta'zim Cipta Sejarah

10 September 2016
K2_ITEM_AUTHOR 
Foto: Fir Rin | www.gawang.my

Pasukan JDT telah dinobatkan selaku juara Liga Super Malaysia 2016 buat kali ketiga berturut-turut walaupun masih berbaki lagi 2 perlawanan yang akan menemukan mereka dengan pasukan T-Team dan Selangor setelah menang perlawanan menentang Terengganu di laman sendiri.

Anak buah Mario Gomez tidak mensia-siakan peluang yang ada apabila berjaya menjaringkan 3 gol pada perlawanan kelmarin.

Separuh masa pertama, Pereyra Diaz berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke 29 hasil sepakan penalti.

Setelah ketinggalan dengan 1 jaringan gol,pasukan Terengganu cuba bangkit dan membuat asakan demi asakan ke kubu Izham Tarmizi. Namun dengan permainan yang cemerlang,penjaga gol JDT berjaya mengawal pintu gol dari di bolosi.

Apabila babak kedua bermula,kedua-dua pasukan sering mengasak ke kubu pihak lawan. Pasukan Terengganu juga berjaya membuat hantaran tepat ke pintu gol JDT, namun tiada sebarang jaringan berjaya dilakukan.

Pada minit ke 83,sekali lagi pasukan JDT di hadiahkan sepakan penalti akibat kecuaian penjaga gol Terengganu. Sepakan penalti itu di sempurnakan oleh Safiq Rahim selaku kapten untuk pasukannya.

Pada minit ke 85,Pereyra Diaz sekali lagi menggegarkan suasana di stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos apabila menjaringkan gol 3 untuk JDT.

Masa penuh

JDT ( 3 ) - ( 0 ) TERENGGANU

 

Teks: Fir Rin / www.gawang.my

  • Social network:
271 K2_VIEWS
Gawangdotmy
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree