100 Plus Liga Premier 2018: Felda United Menang Lagi

12 February 2018
K2_ITEM_AUTHOR 

Felda United mencatat kemenangan ketiga dalam 100 Plus Liga Premier 2018 menentang Pulau Pinang FA di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka Pahang.

Felda United FC memulakan serangan dengan mengasak ke kubu Pulau Pinang FA dengan serangan-serangan yang berbahaya namun dapat dihalang oleh pertahanan Pulau Pinang FA. Pada minit 12, Gilberto Fortunato telah menanduk bola masuk ke gawang gol Pulau Pinang hasil daripada sepakan sudut dan meletakkan Felda United di hadapan.

Selang 8 minit kemudian, Felda United telah menambah gol kali ini hasil daripada sepakan penalti yang diambil oleh Gilberto Fortunato. Tamat separuh masa pertama dengan Felda United dua gol dan Pulau Pinang kosong.

Pada separuh masa kedua , kedua-dua pasukan bermain dengan seimbang dan beberapa percubaan berbahaya telah dihasilkan. Beberapa pertukaran permain telah dilakukan 10 minit sebelum perlawanan tamat.

Pada minit 86, Felda United menambah gol hasil jaringan daripada pemain gantian Christie Jayaseelan untuk Felda United lebih selesa. Tamat perlawanan Felda United berjaya mengutip 3 mata penuh di halaman sendiri dan meneraju puncak Liga Premier 2018.

Teks: Ikhwan Rosdi 

  • Social network:
82 K2_VIEWS
Gawangdotmy
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree