Fortunato Cipta Hatrik, The Cops Longlai

07 February 2018
K2_ITEM_AUTHOR 
Kecewa..The Cops tumbang 2-6 kepada Felda United FC di Stadium Hang Jebat Foto: Norfazlinda / www.gawang.my

Aksi kedua 100 Plus Liga Premier yang berlangsung pada Isnin menyaksikan Felda United FC mencatatkan kemenangan 6-2 ke atas PDRM FA. Lebih manis, awang import Gilberto Valdenesio Fortunato turut mencipta hatrik di Stadium Hang Jebat.

The Fighters mendahului ketika permainan baharu memasuki minit ke-8 melalui Gilberto Valdenesio Fortunato. Kapten Felda United FC, Muhammad Shukor Adan menjadikan kedudukan 2-0 hasil tandukan jarak dekat menewaskan penjaga gol PDRM FA, Mohd Sheril Anuar Saini pada minit ke-40.

Fortunato sekali lagi muncul wira apabila meledak gol peribadi kedua pada minit ke- 44. Pelawat selesa di hadapan dengan tiga gol tanpa balas bagi separuh masa pertama.

Pasukan bimbingan B. Sathiananthan terus mempamer bisa melalui gol keempat pada minit ke-49 yang dijaringkan oleh Ahmad Syamim Yahya. Iain Ramsay menambah duka skuad Zulhamizan Zakariah dengan jaringan kelima Felda United FC.

Fortunato mencipta hatrik pada minit ke-72 untuk meletakkan Felda United FC selesa enam gol tanpa balas.

The Cops akhirnya memperoleh gol pertama setelah Petrisor Voinea berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-74. PDRM FA menunjukkan kebangkitan apabila Khairul Izuan Abdullah menyumbat gol kedua pada minit ke-82. Namun, gol-gol tersebut tidak mampu untuk memadam kelebihan gol Felda United FC. Kedudukan 2-6 kekal sehingga wisel penamat.

 

Teks: Norfazlinda / www.gawang.my

  • Social network:
75 K2_VIEWS
Gawangdotmy
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree