Selamat Datang Liga Super 2018 Warga Kota & Nelang Tranung !

26 September 2017
K2_ITEM_AUTHOR 

Walaupun masih berbaki satu perlawanan, 2 tiket automatik Liga Super 2018 sudahpun sah menjadi hak milik pasukan Kuala Lumpur dan juga Terengganu setelah masing-masing mencatatkan kemenangan pada aksi ke 21 liga malam tadi.

Kuala Lumpur cemerlang menewaskan Sabah 2-0 di Stadium Selayang sementara skuad Peteh mudah meratah PDRM 0-3 di Kuala Terengganu sekaligus mematikan hajat Negeri Sembilan dan juga PKNP yang turut mengintai slot automatik tersebut. Perbezaan 6 mata(Negeri Sembilan) & 5 mata(PKNP) sudah pasti tidak akan lagi dapat dipadamkan kedua-dua pasukan itu memandangkan hanya satu sahaja lagi perlawanan yang akan diharungi.

Kini, tumpuan kini terarah kepada siapa yang bakal menjulang piala Liga Premier 2017 kerana skuad Warga Kota dan Terengganu terikat 47 mata, cumanya dibezakan dengan perbezaan gol. Jika dilihat, kedua-duanya masih memiliki peluang seimbang kerana Kuala Lumpur bakal menuju ke Pasir Gudang untuk berhadapan JDT II sambil Terengganu akan menanti kunjungan PKNP di stadium keramat mereka, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Namun yang pasti, tidak kira siapa yang bakal menjadi juara, yang lebih utama sudah tentu kejayaan mara ke divisyen 1 menjadi keutaaman. Tetapi bak kata peribahasa, ‘alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan’. Selamat maju jaya buat kedua-dua pasukan.

Tahniah sekali lagi Kuala Lumpur dan Terengganu !

  • Social network:
205 K2_VIEWS
Gawangdotmy
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree