Piala FAM 2017: Peluang Seimbang Menjelang Separuh Akhir Kedua

03 October 2017
K2_ITEM_AUTHOR 
FOTO: Daniel Risma / www.gawang.my

Peluang masih seimbang buat keempat-empat 'semi finalist' Piala FAM 2017 apabila separuh akhir pertama pada Isnin, 2 Oktober menyaksikan tiada jaringan terhasil baik aksi di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh dan juga Stadium Arena UM. Perlawanan seimbang di Temerloh apabila UKM berjaya mengikat tuan rumah, Shahzan Muda yang beraksi di hadapan penyokong sendiri sekaligus mengulangi keputusan yang sama ketika bermain di peringkat kumpulan awal tahun ini.

Sementara itu di Stadium Arena UM pula dua calon pilihan ramai, Felcra FC yang bertemu Sime Darby turut terikat tanpa jaringan. Felcra yang lebih mendominasi aksi diseparuh masa pertama sebelum Sime Darby cuba bangkit memberi saingan diseparuh masa kedua namun tiada gol yang terhasil daripada kedua-dua pasukan.

Secara amnya, UKM dan Sime Darby telah berjaya menafikan hajat kedua-dua tuan rumah untuk mencetak jaringan yang besar dihalaman mereka sendiri tetapi pasti situasi yang sukar bakal dihadapi memandangkan seandainya Shahzan dan Felcra berjaya mendapatkan satu gol, ianya satu kelebihan yang agak besar dalam format 'away goal' yang sudah lama diguna pakai dalam saingan Liga Malaysia.

Biarpun begitu, seperti yang telah dinyatakan, keempat-empat pasukan ini masih berpeluang dengan baki minima 90 minit pada aksi yang bakal berlangsung Ahad hadapan, 8 Oktober di Stadium Mini UKM, Bangi dan juga Padang Bukit Jelutong, Shah Alam.

 

107 K2_VIEWS
Gawangdotmy
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree