The Latest

Liga Super 2017 | JDT Cipta Sejarah Juara Lagi!

Dengan kelebihan 11 mata, JDT nyata terus unggul dalam kelas tersendiri apabila sekali lagi berjaya merangkul kejuaraan Liga Super bagi musim 2017 biarpun berbaki 3 lagi perlawanan.

Liga Premier | Kuala Lumpur Terus Cemerlang

Selayang 10 Julai, Kuala Lumpur berjaya mencatatkan kemenangan ke-7 berturut-turut dalam saingan Liga Premier selepas berjaya menewaskan Negeri Sembilan dengan keputusan 3-2.

Negeri Sembilan dan T-Team Sama Kuat

Paroi 7 Julai, penalti minit akhir perlawanan membolehkan T-Team membawa pulang 1 mata apabila kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 3-3. Negeri Sembilan berada dilandasan terbaik untuk memenangi perlawanan pada malam ini apabila mendahului T-Team pada minit ke-4 hasil jaringan Bruno Suzuki melalui rembatan deras di dalam kotak penalti. Walaupun kurang menguasai permainan, pada minit ke-24 hantaran lintang Lee Tuck berjaya menemui Jonathan Behe dan dengan mudah Behe menolak masuk bagi membolehkan Negeri Sembilan mendahului T-Team dengan 2 jaringan. Bersambung separuh masa kedua, T-Team membuat pertukaran dengan memasukan Norhakim bagi menguatkan jentera serangan. Norhakim tidak menunggu lama untuk mencatatkan nama sebagai penjaring apabila rembatan beliau terbias lalu menerjah jaring Negeri Sembilan pada minit ke-54. Ternyata selepas jaringan tersebut, T-Team menguasai sepenuhnya perlawanan. Gol penyamaan T-Team terhasil pada minit ke-74 apabila rembatan deras dari Fakhrurazi dari luar kotak penalti berjaya menewaskan Saiful Amar Sudar. Tersentak dengan jaringan tersebut Negeri Sembilan cuba menggandakan asakan ke kubu T-Team tetapi berjaya dipatahkan oleh pemain pertahanan T-Team. Pada minit ke-84 keputusan perlawanan kembali berubah apabila Jonathan Behe berjaya memperdayakan pertahanan T-Team dengan melakukan hantaran menarik kepada Farderin Kadir. Farderin dengan tenang menewaskan Mohd Suhaimi. Kemenangan seakan berpihak kepada pasukan Negeri Sembilan sehinggalah pada minit ke-93 apabila T-Team dihadiahkan sepakan penalti selepas Fauzan menjatuhkan Mahamadou Samassa di dalam kotak penalti. Dilshod Sharofetdinov dipertanggungjawabkan mengambil sepakan penalti dengan tenang menewaskan Saiful Amar Sudar. Keputusan kekal sehingga tiupan wisel penamat.

TM Piala Malaysia 2017 | Lee Tuck Hampakan Pahang

Jaringan Lee Tuck pada minit 76 membolehkan Negeri Sembilan mencuri satu mata di Stadium Darul Makmur. Perlawanan malam tadi sudah semestinya menjadi tumpuan apabila dua perlawanan sebelum ini memihak kepada pasukan Pahang.

Tumpuan perlawanan malam semalam semestinya terarah kepada penyerang import baru Negeri Sembilan, Jonathan Behe.

SIARAN MEDIA: KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB FAM, 15 JUN 2017 Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuaratnya pada 15 Jun 2017 (Khamis) telah mencapai keputusan berikut:

Kongres Kali Pertama FMLLP Berjalan Lancar

Pada hari Selasa 14 Jun, bertempat di Hotel Forest City, Johor Bahru, telah berlangsung Kongres Kali Pertama Football Malaysia LLP (FMLLP) 2017 yang dihadiri oleh ahli lembaga pengarah organisasi serta tidak ketinggalan ahli gabungan mewakili 24 pasukan yang bertanding dalam saingan Liga Super dan juga Liga Premier.

Larkin bukanlah asing untuk skuad kebangsaan. Kali terakhir beraksi di sana pada Ramadhan 2016, mereka tenang mencatatkan kemenangan penting ‘play off’ Kelayakan Piala Asia 2019 keatas Timor Leste untuk mara ke aksi seterusnya ketika ini. Diharapkan momentum positif disana dapat diteruskan dikala Malaysia akan menerima kunjungan Lubnan dalam perlawanan pertama kumpulan Pusingan Ketiga Kelayakan pada Selasa.

Semangat Baharu

Selepas Nelo Vingada diumumkan menjadi Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Presiden FAM, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sebuah bas baharu kepada pasukan kebangsaan sebagai pengangkutan rasmi untuk menghadiri sesi latihan dan perlawanan-perlawanan yang melibatkan Harimau Malaya di dalam negara. 

Semoga dengan kehadiran ketua jurulatih baharu, Nelo Vingada dan juga pengangkutan rasmi yang baharu tersebut akan memberi tonik semangat tambahan kepada skuad kebangsaan menjelang aksi Kelayakan Piala Asia 2019 di Larkin pada Selasa ini.

Belia Malaysia di Arena Global

TOT United Akan Mengibarkan Jalur Gemilang di Peringkat Akhir Dunia Neymar Jr’s Five
Selangor, 20 Mei 2017 – Dari pusingan ke pusingan yang berterusan sejak pukul 9:00 pagi, TOT United diberikan tepukan yang gemuruh sekali apabila digelar juara kebangsaan, dan akan mewakili tanah air di Peringkat Akhir Dunia Neymar Jr’s Five yang akan diadakan di Sao Paolo, Brasil.

Page 1 of 35
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree